Question

Will it finally matter when I’m lying on the ground, dead?

To be important, should I be dead?

To be loved, should I be dead?

Funny how what I shouldn’t do is more important.

I shouldn’t do a lot of things. 

Aku Sudah Lama Bersedia 

Bukan namanya hidup jika tiada naik turunnya. Di setiap naik itu aku sepertinya menjadi angkuh. Di setiap turun pula aku menjerit….”Tuhanku!!!” Lalu aku menyoal Dia, apakah hidup aku ini sentiasanya susah? Lama-lama aku jadi diam. Aku berhenti menyoal Tuhan. Aku mulai sedar. Di setiap turun itu minda aku, hati aku, jiwa aku, makin bersatu. Teguh memeluk dan terus teguh lah aku. Emosi aku kian lama tiada wujudnya. Di setiap turun itu aku tidak menyoal Tuhan, aku tidak menjerit, malah aku hanya diam. Anggukan saja menyambut setiap turun dalam hidup aku. Berderai hati ini sudah lama! Sudah merajuk! Sudah puas kupujuk! Hati ini tetap tak mahu hidup! Lembut saja, senyum saja aku menyambut dugaan. Aku sudah lama bersedia. 

Ditulis oleh Julianna, hak milik Julianna!

Tinggal

Tinggal saja mereka. Mereka menyusahkan. Mereka itu menyakitkan. Mereka itu punya kehidupan. Aku? Aku tak punya kehidupan? Aku ini sering ditinggalkan. Kini aku meninggalkan semua orang. Tidak betah. Aku tidak betah. Aku ini jenisnya fikir jauh, fikir banyak sekali. Celaru. Aku celaru! Lari aku ke bandar. Lalu aku perhatikan manusia. Manusia yang sifatnya sementara. Termasuk aku. Aku ini emosional. Cepat sekali terasa. Lalu aku tinggal mereka. Ego aku kembali menguasai. Sudah! Hidup sendiri saja! Leraikan hidup lama! Tapi hati aku sepi. Mereka kini tiada. Dan aku pula kembali tidak bersuara.

Ditulis oleh Julianna, hak milik Julianna!